Search This Blog

Sunday, May 15, 2011

SANTAU DAN JALAN PENYELESAIANNYA

Santau

Koleksi dari ceramah rawatan santau oleh Tuan Haji Mokhtar Kasan (perawat santau Darussyifa Bandar Baru Bangi).

Apa itu SANTAU?

Ia rangkaian dari 3 perkara : ramuan , sihir, & makhluk halus. Asal santau: seperti yang diterangkan secara lisan, ia biasa berlaku di bahagian negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Philippine,etc. termasuk juga sedikit bahagian selatan negara China. Dan ia tidak diamalkan oleh masyarakat Arab / timur tengah / africa etc…jika masyarakat sedemikian mereka lebih menggunakan kaedah sihir yg lain.

Biasanya kalau dahulu di bahagian daerah sumatra, Indonesia santau ini biasa digunakan seperti alat permainan masyarakat di sana. Di mana dlm sesebuah kampung jika ada seorang yang gagah perkasa atau yg
mempunyai sesuatu bidang2 ilmu yg tinggi seperti ilmu agama etc. para penyantau suka mencuba atau hendak menguji sejauh mana kehandalan / kebolehan mangsa2 tersebut. Bagi orang2 yg mempunyai ilmu2 kebal / yg
dikatakan gagah perkasa seperti pahlawan& sukar utk ditandingi oleh orang2 biasa, lazimnya tubuh badan mereka / kekebalan mereka akan kalah dengan santau. Wallahu alam.

Santau terdiri dari beberapa jenis. Sebahagian darinya : 

1. SANTAU ANGIN : cara ia disebarkan melalui angin. Pembuat / pembawa santau ini akan membawa santau mereka berjalan dikhalayak ramai , santau ini akan mengikut arus angin dari pembawa (arus angin dari belakang ke hadapan pembawa)dan mengenakan mangsa yg berdiri berhadapan (face to face ) dgn pembawa, sekiranya mangsa membelakangi pembawa santau insyAllah tidak akan terkena santau tersebut. 

-Untuk santau angin biasanya, amat bahaya jika ramai org2 yg berhadapan (face directly)dgn pembawa santau nie kebanyakannya semua akan terkena termasuklah haiwan. Nauzubillah…& hanya insan2 yg beramal soleh & mengamalkan doa2 pelindung diri, yang mana Allah hendak melindunginya,InsyAllah akan dilindungi oleh Allah Ta’ala, insyAllah.

-Kaedahnya (bagaimana santau ini dibawa?)– pembawa santau ini akan membawa santau ini melalui celah kuku2 tangan mereka.di kediaman Pembuat santau akan memasukkan dahulu jejari tangan mereka ke dlm bekas simpan santau utk memasukkan santau ke dlm celah2 kuku mereka sebelum mereka membuangnya di khalayak ramai.Capacity bagi jentikan 1 jari : 20 mangsa.,kalau 10 jari dah ada 200mangsa. Nauzubillah. 

Dengan melalui arus angin & memasukkan santau ke dlm jejari tangan, biasanya pembawa santau ini akan menyebarkan/ membuang santau mereka ini dengan kaedah menjentik2 jejari mereka di kawasan umum atau bila mereka ketawa, mereka akan membuka seluas2 nya mulut mereka sampai boleh terlihat lelangit & bahagian tekak mereka, itu juga adalah salah satu cara mereka mengenakan santau. Tempat biasa utk sebaran /dibuang santau seperti : di pasar2 tani, pasar malam, restaurant, majlis kenduri kendara etc. ..Wallahu alam. 

2. SANTAU TUJU : ditujukan kepada seseorang. Biasanya jika terkena pada yg dituju mmg akan terkena. & insyAllah jika dapat di tepis/ dapat dielak, akan terkena pada org yg rapat dengan mangsa…Wallahu alam. Bagaimana penyantau hendak menujukan santau tersebut dengan mengambil pakaian mangsa, / dengan mengetahui tarikh lahir mangsa contohnya, dari situ penyantau akan membuat kira2 di mana mereka akan mencari kelemahan mangsa dlm 1 minggu ada 7 hari so dlm 7 hari salah satu hari akan ada kelemahan berdasarkan dari tarikh lahir. Bila penyantau sudah dpt mengesan mereka akan menggunakan hari kelemahan mangsa tersebut untuk menyerang.

3. SANTAU MAKAN DAN MINUM : ia dimasukkan dlm makanan dan minuman. Biasanya jika mangsa selalu mengamalkan amalan pendinding diri dengan izin Allah Ta’ala, dapat mengesan santau tersebut contohnya apabila mangsa hendak memegang cawan/ gelas yg berisi air sejuk etc, air tersebut jadi mcm menggelegak / gelas yg dipegang meletup atau pecah. & pada makanan, boleh dilihat jika dlm makanan tersebut mempunyai rambut2 yg halus2 (seperti rambut org lelaki yg baru gunting rambut) / serpihan2 kaca berkilat2 dlm pinggan…Wallahu alam. Tempat: dalam jamuan kenduri kendara/ kedai makan , etc. 

4. SANTAU LANGKAH : biasa berlaku di tempat kerja (office). Di mana orang yg mempunyai hasad dengki etc. akan menaburkan bahan2 santau ini di pintu sambil menyebut / menujukan santau tersebut kepada mangsa yg hendak dituju. Ada juga santau yg dimasukkan ke dlm perigi etc. utk ditujukan kepada seseorg & terdapat pelbagai kaedah cara utk pembuat / penganiaya ini melakukan santau. Tapi santau hanya akan kena pada mangsa melalui masuk dlm mulut makan/ minum/ angin ) , pijak/ langkah….Wallahu alam.

Santau ini boleh dijual beli,contohnya pembuat santau ini akan menternak santau ini secara komersial & akan menjual kepada sesiapa yg berminat utk mendapatkannya atau pembeli boleh mengupah penyantau utk menyantau mangsa / pembeli juga boleh hanya membeli santau saja & belajar dari penternak mcmana nak menyantau org, even budak umur 12 tahun pun boleh belajar….Nauzubillah…

Santau ini ada grade tersendiri, jika grade yg tinggi kesan pada mangsa seperti muntah darah yg banyak & kritikal & berkemungkinan membawa maut, & ada yg grade rendah tapi kesan utk jangka panjang ialah mangsa akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit asthma, cancer,gatal2 yg sukar diubati, etc. & menyebabkan terjadinya SAKA , sebb jin2 & syaitan2 yg berada dlm santau masuk ke dlm badan mangsa akan cepat membiak, nisbah bagi manusia melahirkan anak 1 org= 1 baby, tapi jin/ syaitan: seekor jin= 9anak jin/ syaitan.

Jenis mangsa : orang yg kuat beramal soleh/ha (good muslim), org yg mempunyai kelebihan & baik. Kenapa syaitan / jin tidak mengganggu orang2 kafir / orang2 yg tidak mengikut perintah Allah Ta’ala? Syaitan / jin tidak akan menyusahkan/ mengganggu / merosakkan sebangsa dgn mereka, so makhluk2 ini tidak akan menyakiti / mengganggu manusia2 yg already buat maksiat / tidak bermoral coz mereka2 nie mmg dah dihanyutkan oleh makhluk2 nie dgn perkara2 yg dilarang oleh Allah Ta’ala. Cuba gie disco ada tak org kena santau kat situ…answer, takde….cuba gie masjid ada tak org kena santau kat situ answer ada …ada org2 yg kuat beramal pergi majid jalankan perintah Allah , itulah musuh syaitan, jin wal iblis laknatullah….

Tujuan membuat santau: amalan diri (pembuat/ penyebar santau biasanya hendak mengetahui sejauh mana kehebatan ilmu santau mereka lalu membuat praktikal), pertahankan diri ( kalau zaman dahulu, kalau sesebuah negeri kalah dalam peperangan so nak balas balik guna santau, kalau sekarang ada segelintir dari kalangan wanita2 yg jahil atau lelaki2 yg jahiliyah menggunakan santau utk mempertahankan hak2 kepentingan diri sendiri), utk membalas dendam, & utk kebanggaan supaya dihormati / ditakuti.

RAMUAN SANTAU
Air ulat sintuk (ulat gonggok yg berwarna kehitam2an, segala jenis miang seperti miang buluh, miang jagung., sumbu pelita minyak tanah (habuknya), hempedu katak puru (biasanya digunakan di kedah / perlis- katak puru yg diambil dari atas pokok daun keladi yg layu yg terletak di sawah padi), kaca dari botol2 kaca / kaca lampu (ditumbuk & diayak & diambil serbuk kaca yg halus), kuku (dari manusia / haiwan, etc), rambut, tali sabut (direndam selama 44 hari then diracik2 halus2), kacang babi (Wallahu alam tak tau rupa bentuknya tapi
org Asli – Aborigines people- yg tahu coz mereka cari dlm hutan, bahan nie kalau terkena kat kulit gatalnya Nauzubillah, ada sampai terpaksa kena potong salah satu anggota badan yg terkena), tembikar yg lama & benda2 yg kotor yg banyak jangkitan bacteria, tulang haiwan yg mati berangan seperti kokang (mati tergantung), beruang yg mana haiwan2 tersebut mati yg menyeksa/terseksa diri – biasanya jin yg tertempek kat haiwan2 sedemikian yg digunakan ialah jenis hantu raya class A1.,, barang2 yg gatal2, sabut pada batang pokok enau, lipas & lain2…

Recently, ada juga yg menggunakan kaedah santau ular, labah2,(menggunakan haiwan yg berbisa) etc… (bahan yg dibuat dari kulit, tulang, bisa, ..ia akan dihancurkan & dibuat ramuan utk santau). Function santau : utk menyeksa hidup & membunuh mangsa. 

Bagaimana santau dibuat dan diproses?

Pembuat santau akan mengumpulkan segala bahan2 yg hendak dibuat santau kemudian bila semua ramuan dah cukup, pembuat santau akan mencari suatu hari dlm bulan gelap –betul2 gelap(kalendar melayu/ kalendar islam –sorry lupa) & mereka akan membawa bahan santau ini ke simpang 3 yg takde org lalu lalang/ kacau (means simpang yg menuju ke hutan) di tengah mlm tanpa membawa rakan hanya seorg diri, then mereka akan memulakan bacaan mentera /jampi serapah mengikut bahasa masing2 sambil menutup bekas
santau tu dgn sehelai kain.

Cara bahan santau tu activate / tidak once pembuat santau tu membaca mentera kain yg menutup bekas santau tu naik ke udara then keluar suara (jin wal syaitan wal iblis laknatullah) bercakap ‘aku ikut perintah kamu’ that means ramuan santau tu dah jadilah (once bahan santau nie ‘menjadi’ ia membiak mcm yeast- cepat membiak even kalau dah masuk dlm tubuh mangsa pun cepat membiak mcm virus). Tapi sekiranya bahan santau tu tak jadi so santau maker nie akan menunggu hari gelap yg lain utk mengulangi ritual yg sama sampai menjadi.

Apabila bahan santau nie activated ia akan disimpan dlm bekas tabung contohnya zaman dahulu ia disimpan dlm batang buluh kecil & digantung pada para di dapur. Kalau zaman sekarang Wallahu alam maybe dlm balang etc. anywhere can keep. So dlm 3 / 4 bulan sekali pembuat santau ini akan memeriksa bekas santau tu samada penuh atau tidak, jika dah penuh & melimpah2 terpaksa lah pembuat santau nie akan membuang santau nie dgn cara yg diterangkan sebelum nie samada pada khalayak ramai etc. / jika takde pilihan & tak sempat nak buang ia akan memakan tuannya sendiri (samada pembuat terpaksa memberi makan/ minum pada ahli keluarga / memakan diri sendiri). Boleh tak santau ini dibuang? Jawapannya boleh.


TANDA TERKENA SANTAU: 

batuk yg berterusan & tak lepas even makan ubat hospital pun tak baik2 & gejala batuk pada waktu2 tertentu seperti maghrib, pagi, tengah malam, nak subuh, ada yg 24jam (mcm batuk anjing king3)…etc., muntah darah, rasa tercucuk2 dlm badan seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi2 badan, peha, & kaki), demam panas, sakit kepala, lenggoh / lemah sendi &anggota badan, tiada selera makan ( kesannya jadi badan susut & bila cuba nak makan rasa nak muntah), susah nak tidur malam, kerap mengantuk di siang hari, gatal2 badan, pemarah (sifat yg dibangkitkan oleh jin. Syaitan, iblis), pelupa, resdong, barah, kayap, lumpuh( yg menyerang buah pinggang), & ada yg sampai buat putus urat jantung, serta jadi gila.lemah tenaga batin, kudis
(biasanya ramuan santau nie didapati dari kepulauan Borneo), penyedih, penakut, pembenci, pemalas , fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan tepat & hilang keyakinan diri, suka bersendirian (tidak suka bergaul dgn org ramai), sakit perut & sakit belakang, etc.

KESAN DARI TERKENA SANTAU/ AKIBATNYA:

Merosakkan rohani dan jasmani ( rasa tidak tenteram), merosakkan rumah tangga, merosakkan organ2 dalaman, merosakkan fikiran, & maut. Tanda fizikal mangsa santau : warna kebiruan2 (biru kundang) di kuku tangan & kaki, bibir, kelopak mata & ada yg tahap kritikal menjadikan paru2 & jantung bermasalah dan berlubang. 

Tidak ada perawat dapat memastikan dengan tepat berapa lama tahap santau sudah berdada dlm badan pesakit tetapi berdasarkan pengalaman perawat santau, jika hanya bahagian dada saja berkemungkinan santau tersebut baru masuk maybe tak kurang dari 1/ 2 minggu, kalau sudah sampai ke pinggang berkemungkinan sudah masuk dlm sebulan / bbrp bulan ,kerana bila bahan santau dapat dikeluarkan dari badan pesakit dpt dilihat bahan tersebut masih baru & bila dah sampai ke kaki berkemungkinan sampai ke tahun etc( kalau yg dah lama bertapak once bila keluar maybe santau tu sudah menjadi hitam/ lama)….Wallahu alam.

Jika pesakit santau menggunakan X-ray, ia tak dapat dikesan tetapi jika pesakit itu terkena santau biasanya filem X-ray tu part paru2 akan menjadi gelap & doctor tak dpt mengesan puncanya. Santau ini bila dah masuk ke dlm tubuh mangsa melalui mulut etc, seperti yg diterangkan sebelumnya ia akan menjadi racun masuk ke pembuluh darah seperti bagaimana masuknya gangguan jin/ syaitan including sihir & menyerap ke seluruh badan & terus ke otak. & ada kesan santau nie menjadikan anggota badan seperti lidah menjadi pendek membuatkan mangsa tidak boleh bercakap, mulut menjadi herot, & tangan menjadi merengkot.

IKHTIAR RAWATAN & PENAWAR SANTAU

Terdapat pelbagai kaedah digunakan untuk merawat sakit santau antaranya adalah:

UBAT DALAMAN
Dengan cara menggunakan ramuan herba dan madu untuk di buat minum & Makan-Minum : Bahan:- gula batu sebesar ibu jari tangan, -daun dukung anak secekak bersama dgn akar sekali ( bagi pokok ini terdapat 2 jenis: 
1) yg berwarna merah –nie yg jenis pokok jantan daunnya bercabang & rasanya pahit, 
2) yg berwarna hijau- jenis pokok betina (dari jenis nie diambil utk dibuat ubat), antara khasiatnya: penawar racun, ubat batuk, jaundice, memperbaiki selera makan, merawat masalah lemah tenaga batin, darah tinggi, meningkatkan kekuatan jasmani, etc.), - daun pengaga secekak dgn akarnya sekali (gunakan pengaga kampung yg jenis kecil2 bukan pengaga jepun daun yg bulat lebar /pengaga batas.), – batang tebu 3 ruas dibuang kulit & ambil isinya dipotong kecil2 ( paling baik guna tebu hitam/merah tapi kalau takde boleh guna tebu biasa).

Semua bahan tersebut direbus dlm periuk dengan menggunakan 4 gelas air, bila air rebusan sudah tinggal dlm lebih kurang 2 gelas bolehlah dimatikan api dapur & dibuat minum, minum masa ia masih suam panas. Kemudian tambah lagi gula batu & air 4 gelas ke dlm bahan rebusan tadi utk direbus kali ke 2. Air rebusan ini perlu diminum berterusan sehingga badan sembuh. Antara khasiat meminum air rebusan ini ialah dapat mencuci darah & dapat kecutkan organ2 dalaman yg luka terutama bagi perempuan yg lepas bersalin. Air rebusan ini adalah bagi org yg tidak ada penyakit kencing manis.

Makan: Bahan :- Madu lebah 3 sudu (elok madu lebah tualang),- beras pulut 3 suku cawan yg dibasuh & dikeringkan & ditumbuk, - halia muda 3 sudu yg diracik halus & dipotong dadu, - gula pasir 2 ½ sudu. Cara: semua bahan di campur & kacau sebati. Dan dimakan sesudu 1jam sekali hingga habis.jika tidak suka makan madu lebah boleh kurangkan sedikit madu lebah tersebut dlm ramuan. Ia boleh disimpan dlm peti sejuk.Buat sehingga 7 kali. Ramuan ini tidak digalakkan untuk pesakit yg menghidap menyakit asthma / lelah sebab ia menggunakan beras pulut. Bagi pesakit yg mempunyai masalah sakit resdung berkemungkinan apabila memakan ramuan ini akan keluar jerawat disebabkan beras pulut juga.

-Untuk PENAHAN DARAH
Bahan: -Kelapa muda (apa saja jenis yg hijau) jgn gunakan kelapa gading / kuning sebab dlm alam ghaib, seperti pokok ciku, pokok buluh kuning adalah tempat tinggal makhluk halus, ini berdasarkan daripada pengalaman perawat2 Islam. – air,- sirih, gambir, kapur makan, & buah pinang muda (ambil isi putihnya) bagi ½ biji pinang =sekapur, akar pinang, & akar pisang kelat secekak. Kesemua ramuan ini direbus & dibuat minum sebanyak 3kali. Antara doa-doa yg dibaca utk rebusan ini ialah: - surah al lahab/masadd ayat 1: - apabila sampai bacaan pada akhir ayat…’tab’: disitu niatkan = Ya Allah berhentikan darah yg keluar dari mulut si polan bin polan, sambil letakkan tapak tangan di bawah halkum pesakit. Kalau yg berak berdarah letakkan tangan dibahagian pinggul pesakit (niat pun sama just tukar bahagian dubur etc). tetapi jika pesakit tidak mahu disentuh tidak mengapa just bacakan pada bahan ramuan saja. - surah yassin ayat 38: sama juga jika sampai ayat dzhalika “tak” dlm hati niat seperti dlm surah al lahab/masad. - surah hud ayat 44.

-SAKIT DADA
Bahan:- jintan putih 1/2camca, - jintan manis 1/2camca, kayu manis 2 jari, & biji buah pala 1/2biji Cara: semua bahan direbus dgn 3 cawan air hingga tinggal 1 ½ cawan & diminum pagi & petang. Note: apabila dirawat pesakit masih sakit, panas badan, & berasa pedih,jarakkan / selangkan sehari amalan meminum ramuan tersebut, insyAllah.

- Jika kesemua bahan2 herba tidak boleh dimakan / diminum memadai dgn mengambil madu lebah ½ camca pagi & petang dengan perut masih kosong sebelum makan / minum, dgn bacaan selawat & doa, insyAllah kerana madu lebah itu sendiri sudah diiktiraf & diterangkan oleh Allah Ta’ala dlm Al quran akan kebaikan & khasiatnya. 

KAEDAH PELINDUNG (pendinding diri)

Sentiasa menjaga solat & amalan fardhu yg wajib & melakukan yg sunat seperti solat sunat malam, berzikir, membaca Al Quran, etc.
Setiap amalan /hendak membaca al quran/ surah2 yg dibaca & berzikir hendaklah diniatkan memohon kepada Allah ta’ala supaya dilindungi diri & ahli keluarga dari segala bentuk kejahatan makhluk syaitan, jin, iblis, manusia, etc…Senantiasa mengamalkan dalam doa harian / setiap lepas solat membaca surah Al fatihah, 3 Qul ( Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas), Ayatul Qursi, doa pengerak (bismillahiladzi la yadhurru ma asmihi syaiun fil ardhi…sampai habis – lazimkan membaca ketika sebelum nak makan/minum, sebelum hendak keluar rumah, etc….) , lazimkan juga membaca 2 akhir ayat dari surah at taubah (ayat 128 & 129) iaitu laqod ja’akum….sampai habis., dan doa2 yg lain.


CARA HENDAK MENGETAHUI TERKENA SANTAU:
Bila hendak tidur, perahkan air limau nipis sedikit (tanpa ditambah dgn air) ke dlm mulut. Jika tiada masalah seperti batuk, gelisah samada masa dlm tidur atau tidak, etc., berkemungkinan besar 90% masalah yg dialami ada bersangkut paut dgn santau. So cepat2 lah dapatkan rawatan yg sewajarnya.kalau takde masalah Alhamdulillah. Santau biasanya bersangkut paut dgn penyakit fizikal juga seperti sakit gatal2 pada anggota badan, cancer,sakit jantung, paru2, buah pinggang etc., kecuali gout & kencing manis. Wallahu alam…

PERKARA YG DILARANG APABILA PESAKIT SEDANG MENJALANI RAWATAN SANTAU
Ia bergantung kepada cara rawatan perawat2 Islam yg mempunyai pelbagai kaedah untuk merawat, ada perawat melarang pesakit memakan ikan yg bersengat, & jika perawat yg menggunakan kaedah rawatan tepuk daun nangka seperti Ustaz Mokhtar Kasan ini, adalah ditegah pesakit apabila sedang menjalani proses rawatan memakan limau ( semua jenis limau terutama limau nipis, limau kasturi even cordial sunquick tu pun tak boleh, apa2 perasa limau tidak dibenarkan), cuka, buah yg masam & jeruk(pickles),nenas, & rebung yg boleh diklasifikasikan yg berunsur tajam, & kurangkan juga memakan makanan yg pedas, berminyak, air batu, tidak boleh melakukan kerja kuat /activity yg lasak seperti bermain bola etc., & tidak boleh mengangkat barang berat.

- Dikhuatiri jika pesakit tidak mengendahkan segala larangan2 tersebut akan membawa kesan buruk/ padah terhadap pesakit itu sendiri kerana luka2 dalaman masih belum sembuh sepenuhnya. Di samping mendapatkan rawatan dari perawat2 Islam adalah digalakkan pesakit itu sendiri berusaha untuk menguatkan daya ketahanan diri rohani & jasmani melalui membaca Al Quran, berzikir, etc., secara istiqomah & berterusan utk mendapatkan ketenangan fikiran disamping berdoa kepada Allah Ta’ala semoga sembuh ,insy Allah.

CARA MERAWAT PESAKIT SANTAU MELALUI KAEDAH TEPUK.
- Ustaz Mokhtar memberitahu kenapa menggunakan daun nangka tidak daun lain, jawapannya beliau tidak sempat bertanya kepada gurunya yg mana sudah meninggal dunia. Mungkin Allah Ta’ala menjadikan daun nangka ini ada kelebihannya tersendiri. Wallahu alam.

- Ada 2 cara boleh menepuk samada menggunakan daun nangka atau menggunakan tangan perawat itu sendiri untuk menepuk (tapi jika menggunakan tangan sendiri dikhuatiri pesakit tidak dapat menahan akan kekuatan daya zikir perawat tersebut sebab tu dialas gunakan daun nangka) beza daun nangka dengan daun2 yg lain ialah salah 1nya daun nangka struktur daunnya kuat/keras sedikit berbanding dedaun pokok lain yg mana jika digunakan daun pokok getah/ pokok rambutan / durian/manggis etc… akan cepat hancur. Untuk sehelai daun nangka boleh digunakan lebih dari 1 org . - Peralatan yg digunakan : bagi seorg pesakit - 1 helai daun nangka (utk menepuk), 1 pelepah daun pokok pisang yg baru nak terbuka (yg color hijau muda) kalau takde guna 1 helai surat khabar sebagai alas, 4 clip/ sepit rambut yg panjang (biasanya yg digunakan di kedai gunting saloon cina utk gunting rambut), 1 keping kertas lukis pelan yg berwarna putih digunting
4segi panjang utk diletakkan di atas permukaan suratkhabar ( at centre part) then disepit (means ditebuk kertas suratkhabar tu lah yg mana atasnya ada kertas pelan) setiap penjuru kertas tu dgn 4 btg sepit rambut panjang tadi, lampu suluh utk melihat barang santau yg keluar jatuh,getah tempe utk mengikat bungkusan surat khabar utk dibuang.

- Air hidup/ air mineral, tidak digalakkan menggunakan air yg sudah dimasak & bekalan ubat pesakit seperti yg diterangkan sebelum ini utk didoakan.
- Antara doa2 yg dibaca untuk rawatan adalah : Surah Al Fatihah, Selawat Syifa, Surah Mariam ayat 17, bismillah 5 (khasiatnya salah satu adalah penawar bisa), ayatul Qursi, surah Al hasyr ayat 21-24 Lau anzalna…sampai habis ( dikenali sebagai ayat pemecah , pengebom : bagi pesakit yang ada sakit cancer & perempuan mengandung , dan yg jenis muntah darah tidak boleh dibacakan ayat ini kepada mereka dikhuatiri akan mendatangkan kesan yg buruk seperti pesakit cancer, tumor akan pecah, etc). & doa2 yg lain.

- Merawat mengikut keadaan pesakit, ada sesetengah pesakit santau apabila dirawat sampai boleh mengalami histeria, etc. jadi untuk kaedah menepuk, bagi pesakit lelaki hendaklah berjumpa dgn perawat lelaki manakala
pesakit perempuan semestinya berjumpa dgn perawat perempuan &dilakukan kaedah tepuk ini di dalam bilik dengan membuka baju.

-Note : hanya baju saja dibuka kerana samada perawat lelaki /perempuan akan membuat kaedah menepuk pada bahagian tengkuk ke pinggang saja.
- Posisi pesakit apabila hendak memulakan rawatan adalah dengan berkeadaan sepertimerangka k di atas kepingan surat khabar / pelepah daun pisang yg sudah disediakan.
- Cara menepuk: sebelum hendak & bermula menepuk perawat disarankan membaca selawat , ayatul Qursi & berdoa meminta perlindungan dari Allah Ta’ala serta mendoakan pesakit itu sembuh. insyAllah.

Kemudian daun nangka tersebut hendaklah dipegang (dibahagian depan daun yg licin dgn ibujari,di bahagian belakang daun yg timbul rangka bentuk daun dipegang dgn 2/3 jejari tangan yg lain). Cara menepuk ialah seperti mengibas2 selari, lakukan dgn perlahan2. Sebelum menepuk, perawat disarankan menggunakan tangan menyentuh dibahagian tulang belakang pesakit dari atas ke bawah utk memeriksa & mengesan tempat santau itu berada, sekiranya dapat rasakan ada bahagian yg panas, berkemungkinan besar santau memang terletak dibahagian tersebut jadi mulakan saja proses menepuk di tempat yang berasa panas tu. Jika masih tidak dapat dikesan, perawat boleh memulakan kaedah menepuk bermula di bahagian tengkuk pesakit selari dgn tulang belakang hingga sampai bahagian pinggul, then naik ke sebelah kiri bahu pesakit tepuk di situ dibawa selari ke bahagian bahu kanan buat sampai habis tiba ke paras pinggang. (ini adalah utk 1 round saja) jadi….dlm 1 rawatan tepuk dinasihatkan supaya buat sampai 3 kali round jer, jangan lebih sebab berdasarkan pengalaman pesakit apabila mereka hendak meminta lebih dari 3 kali kebanyakkannya tidak tahan dgn penangan tepuk perawat yg selalu mengamalkan zikir , biasanya zikir yg diamalkan perawat menepuk kaedah santau ini ialah membaca surah al ikhlas.

Jika semasa dalam merawat pesakit ada tindak balas (iaitu tindak balas jin), maka perawat perlu tahan nafas dan baca ayatul Qursi dan tolak balik gangguan tersebut. Dlm rawatan tersebut ia akan menyerang melalui
tangan perawat di mana perawat tersebut akan berasa bisa2 sendi dibahagian tangan. Jadi cara untuk menolak, baca ayatul Qursi serta tahan nafas serta tangan lagi sebelah memegang pangkal bahu yg rasa bisa2
tersebut dengan menolak dari pangkal bahu sampai ke hujung jari, insyAllah..Note: jangan sesekali menepuk bahagian kepala pesakit kerana dikhuatiri otak & bahagian system dlmn kepala pesakit akan bergegar (ini amaran penting), just mulakan menepuk hanya dari bahagian tengkuk pesakit terus ke bahagian pinggang saja.
Begitu juga pesakit jika hendak membuat rawatan tepuk sendiri di rumah (ikut cara tepukan perawat) jgn menepuk di bahagian kepala , mulakan menepuk dari tengkuk di bawa sampai ke kaki ( bagi pesakit, mereka boleh membuat sendiri rawatan tepuk ini dgn dibekalkan daun nangka yg sudah dibacakan doa oleh perawat, tetapi hendaklah di buat di dlm bilik air & jika perlu minta bantuan dari pasangan / ahli keluarga utk membantu menepuk bahagian badan pesakit dari tengkuk ke kaki (pesakit hendaklah menanggalkan pakaian keseluruhannya, apabila sudah selesai pesakit perlu mandi bersabun & bersihkan diri serta tempat bilik air bersih2, dikhuatiri jika ada tertinggal sisa2 santau yg jatuh di atas lantai etc. akan terkena pada org  lain yg menggunakan tempat yg sama. Bagi rawatan sendiri, sekurang2nya pesakit perlu membuat 2 kali / 3 kali sehari.

Apabila sudah selesai proses menepuk, perawat boleh menggunakan lampu suluh utk melihat serbuk / cebisan santau yg keluar dari badan pesakit dgn mematikan lampu bilik, kemudian letakkan cahaya lampu suluh tersebut selari dengan permukaan surat khabar, insyAllah akan lihat jenis santau yg dikeluarkan. Jika menggunakan daun pisang, biasanya jika santau yg keluarakan jatuh tercacak ke atas daun pisang tersebut, & daun pisang akan menjadi layu bila cebisan / serbuk santau jatuh di atasnya.

Kemudian perawat perlu berhati2 untuk mengemaskan tempat tepukan (alatan suratkhabar / daun pisang yg digunakan), di sini perawat perluberhati2 bila hendak menggulung surat khabar/ daun pisang tersebut, jgn terkena cebisan2 santau yg jatuh di atas permukaaan surat khabar / daun pisang ( jika menggunakan sepit rambut tu boleh ditarik & boleh digunakan semula, dicuci), suratkhabar / daun pisang hendaklah digulung kemas2,apabila sudah digulung kemas bahagian hujung kiri dan kanan suratkhabar/ daunpisang tersebut dilipat sampai bertemu 2 di tengah2 (mcm lipatan buat “tempe”), kemudian di ikat rapi dgn getah tempe. Bolehlah ia dibuang ke dlm tong sampah (yg mana biasa lori sampah akan membawa sampah ke tapak pelupusan sampah/ boleh di bakar kat tempat sampah. Jika cara dahulu apabila selesai rawatan perawat terpaksa menggali lubang di halaman rumah untuk menanam lipatan daun pisang yg berisi santau ini ke dlm lubang tanah.

Jika sudah selesai semuanya, bolehlah dicuci tangan / mandi dgn bersabun bersih2 kemudian buat solat sunat.
Note: sebelum mengambil daun nangka dari pokok nangka/ daun pokok pisang adalah dinasihatkan supaya berdoa & niat , memberi salam kepada nabi Ilyas ( surah as- soffat: ayat 130: salamun ala ilyasiin (salam sejahtera kepada Nabi Ilyas) kenapa perlu memberi salam & meminta izin dari nabi Ilyas kerana nabi Ilyas ditugaskan utk menjaga tumbuhan), niat utk mengambil daun ini utk dibuat ubat, then baca Surah Al fatihah 1 kali, &surah Al ikhlas 11 kali, serupa juga nak gunakan daun tersebut utk menepuk baca surah Al Fatihah 1 kali & surah Al ikhlas 11 kali.

Di nasihatkan jika hendak mengambil apa2 jenis tumbuhan utk dibuat ubat dalam rawatan hendaklah diambil pada waktu siang jangan di ambil pada waktu malam. Kerana tumbuhan juga makhluk Allah Ta’ala, mereka juga beristirehat pada waktu malam seperti manusia. 

PEMUTUS
Jika pesakit sudah sembuh betul, dibolehkan pesakit membawa 3 biji limau nipis setangkai (yg nie dipetik tangkainya dari pokok limau tersebut menghadap Qiblat semasa memetik & jgn memetik terkena bayang2 , beri salam kepada nabi Ilyas, jika tidak ada atau susah, memadai pergi ke kedai runcit beli 3 biji limau nipis pun boleh, garam halus, & sebilah pisau, & bawa barang2 tersebut kepada perawat, biasanya bahan2 ini akan digunakan perawat utk menandakan tamatnya rawatan pesakit tersebut, contohnya dari sebiji limau yg dibawa pesakit tersebut, perawat akan memotong & mengambil 1 belahan limau di sapu dgn garam halus tu dan diberi kepada pesakit tersebut utk dihisap , belahan lagi 1 limau nipis tu perawat akan menghisap serupa mcm pesakit. Akhirnya perawat akan bekalkan bacaan doa pada air rawatan kepada pesakit utk dibuat minum. Antara doa2 tersebut: Al Fatihah, bismillah 5, & selawat syifa.

Jika pesakit tidak dapat menyediakan limau nipis & bahan2 yg lain, memadai lah jika pesakit dgn ikhlas hati memberi hadiah berupa sesuatu pakaian yg boleh digunakan utk solat contohnya: sejadah, telekung, kopiah, sarung kain, / selipar utk ke masjid, contohnya. Sebenarnya tidak ada perkataan : wajibbagi seseorg utk memutuskan ubat. &tiada perkataanpengeras dlm perubatan islam. Wallahu alam…. 

Pesanan daripada guru-guru & sahabat2 saya: hendak menimba ilmu mestilah berguru (guru yg dikenali akan kebenaran ilmunya),pergilah berjumpa & tadahlah,amalkan ilmu2 yg diajar oleh mereka, jgn hanya berlandaskan pada bahan rujukan sahaja dikhuatiri jin wal Syaitan wal iblis laknatullah yg akan menyesatkan kita,…nauzubillah….
Mohon maaf jika ada yg terkurang & salah silap, kelemahan itu datangnya dari saya, segala kebaikan & kelebihan itu adalah dari Allah Ta’ala. Moga2 dengan ada serba sedikit ilmu yg saya ada & yg saya kumpul serta yg diolahkan semula dpt memberi kefahaman & kebaikan kepada diri kita semua.Wassalam.

6 comments:

  1. mudah-mudahan undang-undang berkenaan ilmu hitam dan sihir akan digubal suatu hari nanti

    ReplyDelete
  2. bagus ilmu ini supaya kita dihindari santau amin

    ReplyDelete
  3. As salam. saya mengalami masalah2 seperti diatas. hampir 2 tahun saya menderita dan masih mencari kepada yang boleh membantu saya. harap-harap ada yang boleh dan sudi membantu saya. terima kasih banyak.

    ReplyDelete
  4. Sy pula ada pernh sekali rse mcm suntikan jarum di hujung jari kaki.esok nya ibu jari kaki sy sakit dan timbul drh beku di tgh2 ibu jari kaki tersebut.bila nk bgon kaki kiri sy rse berat x sama ringan nya mcm kaki kanan.kenapa eh

    ReplyDelete
  5. Sy pula ada pernh sekali rse mcm suntikan jarum di hujung jari kaki.esok nya ibu jari kaki sy sakit dan timbul drh beku di tgh2 ibu jari kaki tersebut.bila nk bgon kaki kiri sy rse berat x sama ringan nya mcm kaki kanan.kenapa eh

    ReplyDelete
  6. MOHON BANTU RAKYAT MSIA
    Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/wali di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit diganggu beramai-ramai tidak kira masa. Jika sahabat disini tahu di mana tempat rawatan yang berkesan disekitar Pasir Mas Kelntn. tolong mesej alamat/tel.nombor perawat, email kepada saya : tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete